Saturday, 14 March 2015

Permulaan baru Elfira Loy





UMUM mengetahui pelakon comel ini nekad bertudung sejak menyambut ulang tahun kelahiran ke-21, baru-baru ini.



Menurut Nurul Elfira Loy atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung namun belum berani menunaikan niatnya itu sebelum ini.



"Kerana itu saya sangat gembira kerana ianya dapat dilaksanakan.



"Lagipun saya pernah cakap pada mama untuk memakai tudung pada umur 21 dan ini adalah peluang terbaik untuk realisasikan apa yang saya mahukan selama ini," katanya.







Tambah pelakon Biar Mimpi Sampai ke Bintang itu, perubahan yang berlaku juga merupakan titik permulaan ke arah sesuatu yang baru bagi dirinya.



"Insya-Allah, ia akan menjadi perjalanan untuk saya mengubah dan membaiki diri menjadi lebih baik," katanya.



Sempat bertanya mengenai hubungannya dengan pelakon Indonesia, Baim Wong, Elfira yang mesra disapa El ini memberitahu, hubungan mereka masih lagi di tahap teman rapat seperti sebelum ini.



"Tiada apa-apa yang serius antara kami, saya pun masih muda. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada pelajaran sahaja," katanya sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma di sebuah kolej tempatan.



Bercerita mengenai kariernya pula, hos program Mad Market ini lebih selesa menerima tawaran sebagai pengacara kini berbanding menjadi pelakon.



"Masa yang ada saya fokus kepada bidang pengacara dan sebagai penyampai radio.



"Bukan tidak mahu mengambil tawaran lakonan sekarang, tetapi bimbang menyusahkan produksi pula.



"Selepas habis belajar nanti barulah saya akan aktif berlakon semula," katanya tampil dengan program baru yang berjudul Tua Pun Boleh yang disiarkan di Astro.





- Permulaan baru Elfira Loy

SHARING GOOD

0 Comment to "Permulaan baru Elfira Loy"

Post a Comment