Wednesday 4 March 2015

Isu Mamat Khalid, Zizan Razak Mohon Maaf Secara Terbuka

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada pengarah Mamat Khalid berikutan kegagalan hadir ke majlis tayangan filem "Warewolf Dari Bangladesh" pada 26 Februari lalu.



Menurut Zizan dia tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas sebab-sebab tertentu dan sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan dia sengaja lari dari pihak media.



“Saya ingin membuat permohonan maaf sekali lagi kepada Mamat Khalid kerana tidak dapat hadir ke majlis tayangan tersebut.



“Sebenarnya saya sendiri sudah jumpa dan meminta maaf dengan Mamat Khalid berkenaan dengan perkara tersebut.



“Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan saya bukan sengaja untuk berbuat demikian kerana itu adalah tempat saya mencari rezeki.



“Lebih-lebih lagi apabila ia berkenaan dengan promosi filem lakonan saya… Usaha dan kerja keras saya selama ini takkan saya nak sia-siakan.



"Apa punca saya tidak hadir ke majlis itu biarlah hanya saya dan dia sahaja yang tahu,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Cicakman 3 di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada malam Selasa.



Dalam pada itu ketika ditanya mengenai hubungan cintanya bersama aktres Emma Maembong, Zizan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.



“Kisah hubungan saya dengan Emma saya tak mahu ulas, biarlah saya tutup mulut dan berilah sedikit ruang kepada saya untuk bernafas seketika.” ulasnya pendek. - Isu Mamat Khalid, Zizan Razak Mohon Maaf Secara Terbuka

SHARING GOOD

0 Comment to "Isu Mamat Khalid, Zizan Razak Mohon Maaf Secara Terbuka"

Post a Comment