BARANGKALI tidak banyak yang tahu di sebalik wajah lembut, cantik dan jelitanya, Jessica Biel dahulunya adalah seorang wanita lasak, ganas dan sukakan kepada cabaran berat.
Bagaimanapun, sewaktu usianya meningkat remaja, Biel mula menunjukkan minatnya dalam bidang seni menerusi pelbagai pementasan yang disertainya di kampung halaman sekali gus mengubah penampilan diri.
Bakat seni anak kelahiran Ely, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) itu semakin berkembang setelah agen pencari bakat menawarnya menjadi model.
Kerjaya Biel sebagai aktres bermula setelah membuat kemunculan dalam siri televisyen (TV), 7th Heaven terbitan The WB Television Network pada 1996 hingga 2003.
Sayangnya, selepas empat tahun menghidupkan karakter Mary Camden-Rivera, dia dilanda kebosanan ekoran watak dibawanya itu hanya karakter gadis baik sekali gus membentuk imej terlalu positif di mata masyarakat.
Peranan gadis baik menyebabkan dia gagal mendapat watak Jane Burnham yang akhirnya diberikan kepada pelakon Thora Birch dalam filem bertemakan skandal seks,
American Beauty pada 1999 dan sebagai membalas dendam, dia akhirnya nekad untuk tampil bogel di majalah Gear walaupun ketika itu masih lagi di bawah umur.
Akibat perangainya itu, semua tenaga produksi 7th Heaven mengalami masalah terutama produsernya, Aaron Spelling tetapi mereka cuba memujuk Biel untuk menyelesaikan kontrak hingga 2003.
“Ketika memasuki dunia lakonan, saya masih remaja dan sentiasa berdegil. Contohnya, saya potong rambut pendek dan jadikan ia perang sampai produser marah kerana tak sesuai dengan watak yang saya bawa.
“Pernah juga saya membiarkan kawan menghantar penari bogel ke set penggambaran, akibatnya saya perlu meminta maaf di set,” katanya.
Bahkan, akui Biel, dia terpaksa berdepan keadaan sukar selama tiga tahun sebelum berjaya menempatkan diri sebagai pelakon utama untuk sebuah program bersiri.
Kini, meskipun sedang berbadan dua, Biel masih giat menjalani penggambaran filem terbaharunya, The Devil and The Deep Blue Sea yang turut dibintangi Jasson Sudeikins dan Maisie williams di New Orleans.
Mungkin belajar daripada pengalaman lalu, Biel kini tidak bersikap diva ketika zaman remajanya dahulu.
Laman web hiburan Female First melaporkan, dia tidak meminta sebarang layanan khas sepanjang berada di set penggambaran tersebut.
“Dia sarat mengandung tetapi tidak meminta layanan khas. Dia bekerja dari jam 5 pagi dan tidak mengadu.
“Biel kini mengamalkan pemakanan sihat di set penggambaran dan cuba mengelak mengambil makanan ringan.
Dia tidak menunjukkan perangai seorang diva,” kata sumber itu.
Aktres 32 tahun ini, dijangka melahirkan anak pada awal April ini hasil perkongsian hidupnya dengan penyanyi dan pelakon, Justin Timberlake.
Dalam dunia perfileman Hollywood, penampilan Biel dikenali menerusi filem Blade: Trinity, Elizabethtown, London, The Illusionist, Next, I Now Pronounce You Chuck and Larry, Valentine’s Day dan The A-Team.
Cinta tak sengaja?
Setelah mengalami perubahan pengarah dan gantian jadual penggambaran kerana masalah kewangan, akhirnya filem Accidental Love akan segera ditayangkan.
Filem arahan David O. Russell ini menunjukkan bagaimana Biel boleh tergila-gilakan aktor tampan Jake Gyllenhaal sehingga berlakunya percintaan secara tidak sengaja.
Selain Biel dan Gyllenhaal, filem ini turut dibintangi James Marsden, Catherine Keener, Tracy Morgan, James Brolin, Paul Reubens, David Ramsey, Kirstie Alley, Olivia Crocicchia dan Kurt Fuller.
Accidental Love mengisahkan pelayan restoran Alice Eckle (Jessica Biel) mengalami kecederaan tertusuk paku di kepala. Dia terpaksa menjalani pembedahan namun pada masa yang sama dia tidak dapat membuat tuntutan insurans.
Alice ke Washington DC untuk berjumpa anggota kongres, Howard Birdwell (Jake Gyllenhaal) yang ingin membantu tetapi membuatkannya terjatuh cinta.
Selepas pembedahan, perangai Alice lagi aneh sehingga memutus hubungan dengan kekasihnya. Nantikannya di pawagam 19 Mac ini.
- Jessica Biel belajar dari kesilapan
0 Comment to "Jessica Biel belajar dari kesilapan"
Post a Comment