Lee Min Ho mengambil keputusan untuk menangguhkan latihan ketenteraan kerana ingin menyambung pelajarannya diperingkat universiti.
PELAKON Lee Min Ho tidak akan menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua kaum lelaki di Korea Selatan pada tahun ini.
Soompi melaporkan, Min Ho menerusi syarikat pengurusannya telah pun membuat permohonan secara rasmi untuk menangguhkan latihan tersebut kepada pihak berkuasa.
"Ya dia tidak akan menjalani latihan tentera pada tahun ini dan satu permohonan rasmi telah pun dibuat," kata wakil syarikat pengurusan pelakon itu.
Dalam pada itu, Min Ho dilaporkan menangguhkan latihan tersebut kerana ingin melanjutkan pelajarannya diperingkat universiti terlebih dahulu.
Bagaimanapun syarikat pengurusannya tidak mendedahkan jurusan apakah yang bakal diambil pelakon drama bersiri The Heirs itu nanti.
Sementara itu, peminat pelakon terkenal itu gembira dengan perkhabaran terbaharu itu selepas beberapa gosip memberitahu pelakon itu akan memasuki kem latihan tentera pada pertengahan tahun ini.
- Lee Min Ho Tangguh Latihan Ketenteraan
0 Comment to "Lee Min Ho Tangguh Latihan Ketenteraan"
Post a Comment