Sunday 1 March 2015

Maria Farida: Tiada lelaki yang menarik minat saya





Keceriaan suara Maria Farida bergema di hujung corong telefon saat temu bual dilakukan bersamanya baru-baru ini.



Ironinya, pelakon filem Datin Ghairah itu terpaksa menolak permintaan penulis untuk sesi fotografi kerana terikat dengan jadual penggambaran dari awal pagi hingga ke malam.



"Maaf, saya sibuk penggambaran drama terbitan Global Station berjudul Ayuni Safira bersama pelakon Aqasha dan Siti Saleha.



"Hari ini baru dapat balik awal, pukul 6 petang. Kalau tidak, malam baru sampai di rumah," katanya ramah seraya berjanji memberi gambar studio terbaharu yang terdapat dalam koleksi peribadinya.



Ternyata, pelakon yang pernah menggegarkan industri hiburan dengan kisah percintaannya bersama aktor Shahrizal Jaszle satu masa lalu itu, masih kekal jelita biarpun usianya sudah mencecah 45 tahun.



Dia tahu bukan hal kerjayanya sahaja bakal disoal. Lebih daripada itu, mengenai status dirinya sama ada sudahkah bertemu pengganti setelah sekian lama bersendiri.







"Masih tiada sesiapa dalam hidup saya. Tidak ada masa. Terlalu sibuk dengan kerja dan menguruskan anak, Mizan Ashley, 18, yang bakal masuk kolej. Kecuali kalau ada lelaki yang benar-benar serius mahu berkahwin dengan saya. Kalau tidak, rugi masa saya sahaja melayan lelaki yang tidak serius. Penat. Tak ada masa melayan perkara merepek," luahnya yang tanpa berselindung mengakui ada beberapa lelaki muda dan berusia cuba mendekatinya.



Tanpa mahu mengelak, Maria menyambung bicaranya.



Katanya, tidak ada lelaki yang dapat menarik minatnya untuk menjalinkan hubungan yang serius.



Ditambah pula dengan kesibukannya berlakon, menjalankan perniagaan produk kecantikan, KR Beauty Care bersama teman baik dan juga menguruskan anak tunggalnya yang bakal memasuki kolej tidak lama lagi, Maria tidak terfikir soal teman hidup.



Mahu tidak mahu, dia terpaksa melepaskan anak kesayangannya itu belajar, namun Maria tidak membenarkan anaknya itu tinggal di kolej.



"Dialah satu-satunya anak saya. Saya tidak benarkan dia tinggal di kolej. Saya mahu dia berulang-alik dari rumah ke kolej," katanya.



Keceriaan Maria bertambah tatkala dia bercerita tentang dua produk yang diusahakan bersama teman baiknya, Karen Rahman iaitu Crystal White Collagen dan juga Crystal Gold Mask.



Dua produk tersebut dicuba Maria dulu sebelum dia memasarkannya kepada pelanggan.



"Dua produk ini mengandungi serbuk emas. Jangan risau kerana ia 100 peratus halal," jelasnya yang kini muncul menerusi drama Cermin Kasih Amira di RTM.



Menerusi drama tersebut, Maria membawa watak sebagai perempuan tua miskin dan dia selesa memegang peranan tersebut.



Bagaimanapun, Maria mengakui dia tetap akan memilih watak yang bersesuaian dengan dirinya.



"Sudah tentu saya akan memilih watak. Cuma, saya tidak kisah membawa watak tua atau miskin. Dalam drama Ayuni Safira, saya bawa watak ibu yang mempunyai masalah mental, manakala dalam drama Fajar di Buhara yang baru sahaja selesai penggambarannya saya bawa watak wanita Uzbekistan," katanya lagi.





- Maria Farida: Tiada lelaki yang menarik minat saya

SHARING GOOD

0 Comment to "Maria Farida: Tiada lelaki yang menarik minat saya"

Post a Comment