Saturday 14 March 2015

Shah Iskandar nafi ambil dadah



Shah Iskandar



PELAKON Shah Iskandar menafikan yang dirinya terlibat dalam penggunaan dadah sehingga tubuhnya menjadi kurus.



Shah berkata, penurunan berat badannya adalah disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru yang dihadapinya selama dua minggu.







"Ingin saya tegaskan, saya kurus bukan kerana dadah. Sebenarnya saya telah mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru sehingga hampir terkena Anemia selama dua minggu. Sebab itu, badan saya susut seperti sekarang" katanya dipetik Media Hiburan Online.



Menurutnya lagi, dia lebih selesa dengan susuk tubuhnya kini kerana dapat mengenakan baju-baju yang bersaiz kecil.



Shah Iskandar kini sedang menjalani pengambaran drama bertajuk BIB.





- Shah Iskandar nafi ambil dadah

SHARING GOOD

0 Comment to "Shah Iskandar nafi ambil dadah"

Post a Comment