Sunday, 22 March 2015

Zizan Razak: Saya hanya fokus kerja



SELEPAS menjadi superhero, Zizan bakal menjadi seorang anggota polis dalam filem Polis Evo yang bakal ditayangkan tahun ini.



PELBAGAI dugaan sedang menguji jiwa dan perasaan pemuda bernama Zizan Razak ini bagaikan episod drama yang tidak berkesudahan.



Bermula dengan ternoktahnya kesinambungan cinta bersama Emma Maembong sebelum didakwa cuba menjauhkan diri daripada buruan media, berita mengenai kecelakaan jalan raya yang menimpa Zizan, 31, ketika memandu kereta Ferrari F430 miliknya di Putrajaya pada Selasa lepas turut mengejutkan ramai pihak.



Di sinilah bermulanya lagak keyboard warrior yang mahu membuktikan kehebatan masing-masing apabila mula menyebarkan berita tidak sahih termasuk gambar palsu Ferrari lain yang remuk sebelum dinafikan pembantu peribadinya, Izwan Zailani baru-baru ini.



Izwan, 25, dilaporkan berkata, kejadian tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak gagal dikawal sebelum me­langgar pembahagi jalan sewaktu selebriti itu dalam per­jalanan ke satu lokasi penggambaran drama di sekitar Putrajaya.



Bagaimanapun, kenderaan tersebut sebenarnya tidak rosak teruk seperti mana yang tersebar di laman sosial, manakala Zizan juga tidak mengalami kecederaan.







Biar ada yang menuduh insiden itu seolah-olah karma buat Zizan kerana melukai hati Emma sebelum ini, dia dilihat lebih berminat mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ berbanding mengulas lanjut berhubung kemalangan itu.



“Maaf, saya tidak mahu bercerita langsung mengenai perkara (kemalangan) itu,” katanya ketika dihubungi Sensasi Bintang kelmarin.



Teraju utama filem Cicakman 3 itu juga tidak mahu memberikan reaksi berhubung gosip antara Emma dan Kamal Adli yang bertebaran di laman sosial ketika ini.



Buat masa ini, Kamal dikatakan rapat dengan Emma sebaik hubungannya bersama Zizan berakhir namun mereka menafikan perkara itu.



“Saya hanya fokus terhadap kerja dan diri sendiri, itu saja. Jadi, saya tidak mahu komen,” katanya enggan mengulas lanjut.



Menyentuh mengenai Cicakman 3, Zizan mengakui cukup teruja dengan sambutan menggalakkan peminat trilogi filem berkenaan.



“Saya difahamkan, kutipan tiket sudah mencecah RM1 juta biarpun baru beberapa hari ditayangkan di pawagam.





ZIZAN enggan memberikan komen berhubung insiden kecelakaan jalan raya membabitkan Ferrari miliknya baru-baru ini.





- Zizan Razak: Saya hanya fokus kerja

SHARING GOOD

0 Comment to "Zizan Razak: Saya hanya fokus kerja"

Post a Comment