Thursday 9 April 2015

Akim Ahmad enggan bicara soal Stacy





Penyanyi Akim Ahmad enggan lagi membuka mulut berbicara mengenai perihal peribadi sebaliknya ingin fokus pada kerjaya seninya. Beliau berpendapat cukuplah dengan pengakuan hubungan cintanya dengan penyanyi Stacy.



Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, apa yang lebih penting ialah menterjemahkan penghargaan terhadap peminatnya melalui kerja keras dalam terus memperbaiki mutu kerja seninya.



Lantaran, beliau begitu teruja dengan percubaannya bersama The Majistret berjaya mendapat tempat di hati peminat serta sekali gus mengangkat namanya memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada malam Ahad lalu.






"Kemenangan yang saya perolehi ini ibarat tanggungjawab besar yang perlu saya pikul bagi memastikan karya terbaik diberikan kepada peminat. Namun ianya sama sekali tidak menjadi bebanan tetapi saya anggap itu adalah tugas sebagai anak seni yang perlu dijalani.



"Kita sebagai manusia tidak dapat meramalkan apa akan terjadi pada masa hadapan tetapi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kami sendiri tidak dapat menduga gabungan ini menjadi dan diterima baik.



"Saya tidak rasa Akim & The Majistret sekadar trend semata-mata kerana 'rock and roll' tidak akan mati. Ia akan sentiasa ada namun sokongan peminat itu amat penting," kata Akim kepada BH Online.



Dalam nada teruja, Akim turut berkongsi yang single terbaru mereka berjudul Potret semakin mendapat tempat di hati peminat. Mereka sedang dalam proses mengumpul material untuk album sulung Akim & The Majistret.



"Album sulung kumpulan kami dijangka berada di pasaran pada Mei ini. Kami juga dalam proses perbincangan untuk memilih single seterusnya selepas Potret tetapi kalau boleh biar fokus itu diberi kepada Potret dulu.



"Malah kumpulan kami dijemput untuk mengadakan persembahan di Melbourne pada bulan September ini. Kami memang terkejut kerana sama sekali tidak menyangka sambutan yang diberikan begitu memberangsangkan," kata Akim mengakhiri perbualan.






- Akim Ahmad enggan bicara soal Stacy

SHARING GOOD

0 Comment to "Akim Ahmad enggan bicara soal Stacy"

Post a Comment