Monday 13 April 2015

Arni Nazira Anggap Kelahiran Cahaya Mata Baru Umpama Hadiah Ulangtahun Perkahwinan





Tahniah diucapkan kepada Arni Nazira, pelakon yang popular sekitar tahun 90-an kerana selamat melahirkan anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama suami, Mohd Hazrie pada 10 April lalu.



Menurut Arni, dia menyifatkan kelahiran anak lelakinya itu sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan dia dan suami. Sebelum ini, Arni mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu dengan penyanyi rock, Awie.






Menerusi gambar yang dikongsikan bersama di akaun Instagram miliknya, rata-rata peminat gembira dengan perkara tersebut malah dalam masa yang sama turut mendoakan yang terbaik kepada keluarga bahagia ini yang sentiasa murah dengan senyuman.



Apa-apa pun, semoga dengan kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih kemeriahan dan moga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah lagi. Semakin berusia, semakin cantik Arni Nazira nampaknya.










- Arni Nazira Anggap Kelahiran Cahaya Mata Baru Umpama Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

SHARING GOOD

0 Comment to "Arni Nazira Anggap Kelahiran Cahaya Mata Baru Umpama Hadiah Ulangtahun Perkahwinan"

Post a Comment