Thursday 9 April 2015

Derita Kim Kardashian



Kim Kardashian dan Kanye West



CAHAYA mata adalah pelengkap rumah tangga, malah kehadiran anak-anak yang ramai mampu menjadikan sesebuah rumah itu meriah dengan suara-suara kecil mereka.



Namun, bagaimana sekiranya anda diberitahu bahawa anda tidak boleh mengandung lagi selepas melahirkan anak pertama? Itulah situasi yang perlu dilalui oleh selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian.



Masalah kandungan yang berisiko ini mula diketahui Kardashian ketika mengandungkan anak pertamanya, North West, yang kini berusia hampir dua tahun.



Malah, sebelum ini dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan segera membuang plasenta yang masih melekat pada dinding rahimnya ketika melahirkan North satu masa dahulu.






"Ketika saya mengandungkan North, saya sering memberitahu ramai orang bahawa saya bersedia untuk membayar berapa sahaja jumlah wang untuk hamil lagi.



"Namun, dalam keadaan ini, ianya tidak mampu dibeli dengan wang. Walaupun ketika itu saya sudah dimaklumkan mengenai kondisi ini, namun melihat kepada tumbesaran North, membuatkan saya ingin mengandung lagi.



"Saya tidak mahu apa-apa lagi dalam dunia ini selain untuk hamil lagi. Alangkah baiknya jika saya diberi peluang itu," harapnya lagi.



Walaupun doktor mencadangkan agar Kardashian melalui proses 'ibu tumpang' untuk mendapatkan cahaya mata, namun bintang ini tidak merasakan ia adalah jalan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.



"Bagaimana jika ibu tumpang itu lari bersama zuriat saya satu masa nanti? Saya mungkin akan jadi gila dan tambah gila bila memikirkannya. Saya tidak sanggup," tegas Kardashian.



Pendedahan ini dilakukan menerusi program realiti miliknya, Keeping Up With the Kardashians, dan untuk siri yang akan datang, Kardashian telah dirakam ketika dikejarkan ke Klinik Beverly Hills untuk menjalani pembedahan tersebut.



Bakal berpisah?



Baharu sahaja disatukan pada tahun lalu, perkahwinan Kardashian dan Kanye West, turut digugat dengan kontroversi perpisahan.



Menurut sumber, hubungan mereka mula berantakan apabila West dilihat terlalu mengongkong kehidupan Kardashian. Malah, sikap ego West juga membuatkan Kardashian tidak senang dengan hubungan itu.



Namun, ada juga di kalangan sumber terdekat yang menafikan khabar angin berkenaan dan menganggap ianya hanya gosip murahan untuk menjatuhkan pasangan ini.



"Mungkin mereka ada sedikit masalah satu ketika dahulu, namun untuk tahun ini, hubungan mereka berjalan dengan lancar. Malah, mereka semakin intim dan cuba melengkapi antara satu sama lain," kata sumber itu lagi.






- Derita Kim Kardashian

SHARING GOOD

0 Comment to "Derita Kim Kardashian"

Post a Comment