Thursday 9 April 2015

Tauke mohon henti spekulasi





SEJAK kebelakangan ini, beberapa orang wanita tampil mendedahkan apa yang didakwanya perilaku sebenar pelawak popular yang dikatakan ligat memperdaya ramai wanita dengan menghantar mesej lucah serta meminta gambar bogel daripada wanita berkenaan.



Tidak hanya bercakap kosong, rata-rata wanita yang membuat pendedahan tampil bersama bukti ‘screen shot’ mesej 'kotor' pelawak tersebut.



Isu ini sedikit sebanyak membuatkan ramai mula memandang serong terhadap pelawak di Malaysia, lebih-lebih lagi pada ahli kumpulan Jambu, Tauke.



Masakan tidak, apabila isu ini hangat diperkatakan, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelawak yang dimaksudkan adalah Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 39, yang sebelum ini sering bertukar teman wanita.



Bagaimanapun Tauke yang ditemui pada sesi pratonton filem terbarunya, Hantu Bungkus Ikat Tepi meminta orang ramai tidak terus membuat spekulasi dan tuduhan liar sewenang-wenangnya.






"Saya akui dosa dan kenakalan saya yang lepas menghantui saya. Jadi apabila isu macam ini timbul terus orang akan menuding jari kepada saya.



“Apa yang boleh saya katakan, saya harap masyarakat di luar sana baca dan ikutilah laporan isu ini sehingga akhir. Jangan membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui kisah sebenar,” jelasnya.



Meminta tidak terus dikaitkan dengan isu liar ini, Tauke berkata, dia tuduhan liar ini secara tidak langsung menjejaskan periuk nasinya.



“Tidak dinafikan bila orang mula mengaitkan nama saya tanpa usul periksa, ia menyebabkan periuk nasi saya terjejas.



“Tapi apabila situasi macam ini timbul, saya tidak boleh marah siapa kerana media sosial memang susah untuk kita kawal,” katanya.



Dalam pada itu, Tauke yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya kelmarin, mengakui dia kini dalam perancangan mahu mengakhiri zaman duda dalam tahun ini.



“Insya-Allah benda yang baik, jika sudah tiba masanya nanti saya akan kongsikan. Mungkin dalam tahun ini,” jelasnya.






- Tauke mohon henti spekulasi

SHARING GOOD

0 Comment to "Tauke mohon henti spekulasi"

Post a Comment