Wednesday 15 April 2015

Rita Rudaini alami tekanan ketika keluarga masalah





Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar mengakui dia mengalami tekanan ketika berhadapan dengan masalah rumah tangga sepanjang lima tahun perkahwinannya bersama pemain bola, Aidil Zafuan Abd Razak.



Menurutnya, bagi memulihkan keadaan itu, anak-anak merupakan satu-satunya penawar untuk mengembalikan semangatnya.



“Saya juga bersemangat untuk membesarkan anak-anak,” katanya.



Dia berkata, masalah rumahtangganya mendapat liputan meluas media selepas kes dibawa ke mahkamah.



“Saya berasa tertekan, malu kepada masyarakat dan orang sekeliling,” katanya.



Pelakon Sehangat Asmara itu bagaimanapun menafikan tomahan dan aib yang diperkatakan di media datang daripadanya.



“Saya tidak cari media.



“Saya juga tidak pernah membuat sebarang sidang media berkenaan hubungan dengan suami,” katanya ketika perbicaraan kes tuntutan mutaah RM300,000 di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.






Rita Rudaini, 38, berkata, sepanjang perkahwinannya itu dia tidak menjalani penggambaran di luar kawasan.



“Waktu shooting juga ditetapkan 8 pagi sehingga 10 malam sahaja berbanding dengan sebelum berkahwin,” katanya.



Memandangkan dia dan suami ketika itu masing- masing mempunyai komitmen terhadap kerjaya, Rita Rudaini berkata, jadual kerjanya telah diselaraskan serta dipersetujui oleh Aidil Zafuan, 28.



“Jarang sangat dia berada di rumah ketika saya sedang bekerja. Kebiasaannya dia cuti saya juga cuti begitu juga sebaliknya,” katanya.



Menurutnya, tanggungjawab sebagai isteri turut dilakukannya walaupun Aidil Zafuan berkeras mengambil pembantu rumah.



“Saya lebih suka tugas seperti memasak, mengemas, mencuci dan sebagainya dilakukan sendiri.



“Saya kerap memasak dan sekiranya bekerja, Aidil Zafuan makan di luar,” katanya.



Dia juga menafikan tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohonnya terhadap Aidil bukannya jumlah tidak munasabah.



“Aidil Zafuan mampu berdasarkan pendapatannya sebagai pemain bola sepak professional dan kehidupannya sekarang,” katanya.



Terdahulu, peguam Aidil Zafuan, Rushdan Sujak Rafee memaklumkan anak guamnya tidak hadir atas alasan tidak mendapat perlepasan daripada pengurusannya kerana akan pasukan dalam perlawanan hari ini.



Rita Rudaini, sebelum ini melalui peguamnya Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan tersebut pada 25 Ogos tahun lalu di sini.



Pasangan itu berkahwin pada 25 Februari 2008 di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhlam Thailand dan dicerai Aidil Zafuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos 2013 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Seremban pada 5 September tahun sama.



Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6 dan Airit Qaqa Arjuna, 4. Prosiding berlangsung dihadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan akan bersambung pada 11 Mei depan.






- Rita Rudaini alami tekanan ketika keluarga masalah

SHARING GOOD

0 Comment to "Rita Rudaini alami tekanan ketika keluarga masalah"

Post a Comment