Monday 13 April 2015

Siti Elizad, Suami Rancang Bulan Madu Di Mekah





Setelah selesai majlis pernikahan mereka pada 11 Januari lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari semalam telah berlangsung majlis resepsi Siti Elizad dan juga suami, Shamsul Baharin di The Sacred Garden, Kampung Pengantin, Kuala Lumpur.



Jika mengikutkan perancangan Elizad sebelum ini, sepatutnya dia mahu mendedahkan mengenai tarikh pernikahannya pada majlis resepsi tersebut namun berita mengenai pernikahannya pada Januari lalu berjaya dihidu dan terbongkar.






Selain itu, menurut Metro Ahad, Elizad sebenarnya sudah merancang untuk berbulan madu dengan melakukan ibadat umrah. Niatnya untuk menunaikan umrah sebelum ini terbantut kerana tiada mahram.



“Selepas bernikah saya menyatakan hasrat saya itu kepada suami dan dia berbesar hati untuk menunaikan hajat saya itu. Tambahan pula saya merancang untuk melaksanakan ibadat umrah untuk arwah ibu sekali,” kata Elizad yang masih mencari masa yang sesuai untuk pergi kerana dihimpit jadual ketat ketika ini.



Apa yang pasti, ramai peminat doakan yang terbaik kepada Elizad yang turut menjadi ibu ‘segera’ kepada dua orang anak suaminya itu. Moga dipermudahkan segala urusan dan bertambah bahagia sehinga ke akhir hayat.










- Siti Elizad, Suami Rancang Bulan Madu Di Mekah

SHARING GOOD

0 Comment to "Siti Elizad, Suami Rancang Bulan Madu Di Mekah"

Post a Comment