Siti Nordiana yang sudah 6 tahun hidup sebagai ibu tunggal ini mengakui terpaksa akur dengan permintaan satu-satu anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang berusia 7 tahun yang tidak membenarkan dia berkahwin.
“Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya. Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi”
“Kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah. Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya”
“Apa yang penting sekarang adalah anak saya, tentang jodoh saya serahkan kepada Tuhan,” katanya kepada portal Murai selain menyatakan kehidupannya sebagai ibu tunggal agak sukar kerana terpaksa membesarkan sendiri anaknya itu tanpa lelaki yang bergelar suami dan bapa kepada anaknya.
“Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya,” jelasnya lagi.
0 Comment to "Anak Tak Izinkan Siti Nordiana Kahwin Lagi"
Post a Comment