Tuesday, 16 June 2015

Sedang Hamil Lima Bulan, Isteri Ezad Exist Disahkan Hidapi Penyakit Kanser



Ketika ini, Ezad Exist sedang berhadapan ujian yang cukup besar malah dalam masa yang sama turut melibatkan nyawa isterinya, Nor Azeana Ramli yang kini menghidapi kanser selain turut hamil lima bulan.

“Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi”

“Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan,” jelasnya kepada Harian Metro.


Menurut Ezad, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan. Ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran usus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Buat Ezad dan isteri, semoga urusan dipermudahkan dan pasti ramai peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kesejahteraan anda sekeluarga.

- Sedang Hamil Lima Bulan, Isteri Ezad Exist Disahkan Hidapi Penyakit Kanser

SHARING GOOD

0 Comment to "Sedang Hamil Lima Bulan, Isteri Ezad Exist Disahkan Hidapi Penyakit Kanser"

Post a Comment