Seringkali memuatnaik gambar mesra bersama Afiq Muiz, Miera Liyana bagaimanapun menyifatkan hubungan dia dan pelakon lelaki itu tidak lebih daripada hubungan adik beradik malah turut mengakui dia lebih selesa hidup bujang.
“Kami hanya kawan. Belum ada apa-apa perasaan cinta lagi. Apa yang saya boleh kata, saya selesa berkawan dengan Afiq. Untuk melangkah ke fasa bercinta, belum masanya. Tunggu dan lihat. Lagipun, hubungan kami ni ibarat adik dengan abang”
“Saya masih single. Tidak ada siapa-siapa. Soal kahwin pun belum difikirkan. Seronok begini (bujang),” katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain mengakui seronok berlakon bersama Afiq, Miera dalam masa yang sama menjelaskan perjalanan kariernya masih lagi jauh dan dia hanya mahu fokus kepada lakonan dan tidak mahu urusan peribadi dan kerja dicampur adukkan.
0 Comment to "Miera Liyana Mahu Fokus Kepada Kerjaya, Belum Fikir Soal Kahwin"
Post a Comment