Friday, 19 June 2015

Remy Ishak Sudah Bawa Pilihan Hati Jumpa Ibu, Serah Pada Jodoh



Kontroversi melibatkan Remy Ishak baru-baru ini dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa pelakon ini sudah pun mempunyai kekasih hati selain turut mengakui bahawa dia telah pun membawa pilihan hati, Roszaliza Yusof, berjumpa keluarganya.

“Saya dah bawa Iza jumpa ibu. Saya tak suka menghebahkan perkara yang belum pasti. Kalau ada jodoh insya-Allah,” kata Remy kepada portal Mangga Online selain memberitahu bahawa fokusnya ketika ini adalah untuk membantu persiapan perkahwinan majlis adiknya September ini.

Selain itu, Remy juga menjelaskan bahawa Roszaliza bukanlah ibu tunggal kerana sering dilihat bersama kanak-kanak sebaliknya anak tersebut merupakan anak yang dijaga oleh Remy sendiri.

“Bukanlah anak angkat tapi memang saya yang jaga budak-budak ini di rumah saya. Ada masanya kalau saya sibuk, Iza yang jaganya. Ada juga masanya mereka bersama ibu kandung mereka ataupun dijaga oleh ibu saya di kampung,” katanya.

- Remy Ishak Sudah Bawa Pilihan Hati Jumpa Ibu, Serah Pada Jodoh

SHARING GOOD

0 Comment to "Remy Ishak Sudah Bawa Pilihan Hati Jumpa Ibu, Serah Pada Jodoh"

Post a Comment