Setelah agak lama menyepi daripada industri seni hiburan tanah air, Iqram Dinzly mengakui dia kini tidak lagi terlalu fokus terhadap kerjaya selain mahu menyeimbangkan kehidupannya sebagai seorang Muslim sejati.
“Hala tuju hidup saya sekarang tidak seperti dahulu. Kalau dahulu saya utamakan karier seni iaitu lakonan dan pengacaraan. Tetapi sekarang tidak sama lagi. Saya lebih senang dan selesa menyeimbangkan kehidupan saya sebagai seorang Muslim. Saya tak mahu terlalu mengejar hal-hal dunia”
“Tapi, ini bukanlah bermakna saya hendak tinggalkan dunia lakonan. Saya masih punya minat untuk berlakon tetapi saya akan pilih watak-watak yang sesuai dan cerita yang punya skrip yang baik. Selain itu, sekarang ini saya juga lebih seronok buat pengacaraan,” katanya kepaa Tonton Extra.
Selain mengakui memilih watak, Iqram menjelaskan perkara tersebut juga turut mengikut kesesuaian skrip selain tidak melibatkan adegan yang yang melampau dan berlebihan.
“Saya tengok kepada kesesuaian skrip. Mungkin agak susah sedikit kalau saya buat syarat tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita. Bagi saya mudah sahaja, saya tidak keberatan jika ada adegan yang memerlukan saya berinteraksi secara fizikal dengan pelakon wanita”
“Bagaimanapun, adegan itu mestilah tidak berlebih-lebihan. Selagi watak itu tidak mengaibkan diri, saya tidak kisah,” katanya.
0 Comment to "Iqram Dinzly Tidak Mahu Kejar Keduniaan, Elak Berlakon Adegan Berlebihan"
Post a Comment