Tuesday, 16 June 2015

Yatt Hamzah & Suami Bakal Berbulan Madu, Jalani Puasa Di Mekah

Pengacara dan pelakon Yatt Hamzah kini telah melebarkan sayapnya dalam perniagaan dengan pembukaan cawangan butiknya yang ke-3 Suci di Wangsa Melawati kelmarin. Nampaknya rezeki Yatt semakin mencurah-curah dan apa yang kurang enaknya pula timbul isu ciplak kreativiti hijab-hijab yang dipasarkan menerusi jenama beliau sendiri itu.

Sebelum ini tidak terkecuali juga dengan jenama tudung seperti Fareeda yang telah diciplak dan dieksploitasi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.


“Bagi saya kalau orang tiru kita maknanya kita bagus dan yang penting kita berfikiran positif sahaja. Kita kena percaya pada rezeki Allah. Mereka yang mahukan kualiti akan datang ke butik saya untuk membeli,” katanya yang ditemui baru baru ini

Dalam pada itu, pada bulan Ramadan ini Yatt Hamzah menjelaskan beliau akan memberikan lebih keutamaan untuk beribadah dan akan berangkat ke kota suci Mekah bersama suaminya bagi menunaikan impiannya untuk menjalankan ibadah puasa di sana.

“Bulan Ramadan ini saya akan buka butik seperti biasa dan akan tutup sebelum berbuka puasa dan pada malam hari saya akan fokus untuk tunaikan solat tarawikh dan ibadat-ibadat yang lain. Selain itu saya tak sabar untuk berbuka puasa dengan minuman air zam-zam di Masjidil Haram”

“Saya rasa sangat bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah Taala kali ini. Walaupun berpuasa, ini juga kira honeymoon saya dan suami,” katanya sambil tertawa kecil

Sementara itu, Yatt turut berkata bahawa hasil wang perniagaannya itu turut didermakan kepada umat Islam di Palestin bersempena Ramadhan ini.

“Saya membantu umat Islam di Palestin dengan mendermakan sedikit hasil daripada penjualan shawl dan alhamdulillah ianya memberangsangkan dan ini juga untuk mendapat keberkatan daripada Allah,” tambah Yatt Hamzah lagi.

- Yatt Hamzah & Suami Bakal Berbulan Madu, Jalani Puasa Di Mekah

SHARING GOOD

0 Comment to "Yatt Hamzah & Suami Bakal Berbulan Madu, Jalani Puasa Di Mekah"

Post a Comment