Wednesday, 29 July 2015

1MDB: Kerani Penghantar Surat Dibebaskan Dengan Ikat Jamin



Kerani penghantar surat yang ditahan pasukan petugas khas yang menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibebaskan dengan ikat jamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 berserta dua penjamin.

Kerani tersebut merayu supaya ikat jaminnya dikurangkan selepas mendakwa dia mempunyai tiga anak berusia dibawah empat tahun dan isteri yang tidak bekerja.

Katanya, dia juga akan menganggur akibat penahanan ini.

Namun, Majistret Nik Isfahanie mengekalkan jumlah ikat jamin tersebut.


Kerani itu membayar RM10,000 dalam bentuk wang tunai dan baki RM40,000 jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Tempoh remannya selama empat hari berakhir pada Rabu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk tidak melanjutkan tahanan reman kerana kenyataannya sudah direkodkan.

Dia merupakan individu kelima yang ditahan reman bagi membantu siasatan 1MDB.

Kesemua lima individu itu sudah dibebaskan.

Dia ditahan di kediamannya di Bentong pada 25 Julai dan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada keesokan harinya.

Dia disiasat atas tuduhan rasuah.

- 1MDB: Kerani Penghantar Surat Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

SHARING GOOD

0 Comment to "1MDB: Kerani Penghantar Surat Dibebaskan Dengan Ikat Jamin"

Post a Comment