Wednesday, 8 July 2015

Almy Nadia Azam Mahu Turun Berat Badan



Mengakui kini berat badannya sedang meningkat naik kerana sedang menyusukan anak dan mahu memberikan khasiat yang terbaik, Almy Nadia tidak kisah mengenai perkara tersebut walaupun terdapat segelintir individu yang mengutuk fizikalnya itu.

“Saya tak kisah gemuk untuk sementara waktu demi anak. Tak ada masalah. Orang nak bercakap…biarlah. Badan saya pun pernah berisi sebelum ini dan saya dicaci. Kemudian, bila saya kurus, saya dipuja. Sekarang saya berisi balik. Tunggulah saya kurus semula”


“Saya nak diet sekarang pun tak boleh sangat kerana sedang menyusukan anak. Saya tak boleh makan ubat dan jamu sebarangan. Mahu atau tidak, memang saya kena makan dan perlukan khasiat yang banyak untuk anak. Jadi pejamkanlah mata buat seketika untuk pastikan anak saya sihat,” jelasnya kepada BH Plus.

Menurut Almy, dia berazam untuk menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram bagi mendapatkan kembali bentuk badan yang diidamkan seperti dulu. Malah tambahnya, dia juga tidak merasa selesa dengan keadaan dirinya ketika ini walaupun Fizz Fairuz sendiri tidak kisah dengan perubahannya itu.

- Almy Nadia Azam Mahu Turun Berat Badan

SHARING GOOD

0 Comment to "Almy Nadia Azam Mahu Turun Berat Badan"

Post a Comment