Michelle Yeoh bersama tunangnya Jean Todt.
PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akan berkahwin dengan tunangnya yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Jean Todt hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Bagaimanapun selebriti itu memberitahu lokasi majlis perkahwinan masih belum diputuskan.
"Ayah saya baru meninggal penghujung tahun lalu, jadi saya menangguhkan perkahwinan selama setahun untuk menghormati pemergiannya," katanya.
Michelle, 52, berkata, dia bercadang akan mengadakan perkahwinan secara sederhana sebelum mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia dan Hong Kong.
"Saya akan memaklumkan apabila tarikh perkahwinan ditetapkan," katanya yang telah mengikat tali pertunangan bersama Todt sejak 2005.
0 Comment to "Michelle Yeoh bakal berkahwin"
Post a Comment