Tuesday, 14 July 2015

Nora Danish Bosan Dengan Isu Bekas Mentua



Berpunca daripada segelintir pihak yang mempertikaikan hubungan antara Nora Danish dengan bekas mentuanya, pelakon itu sendiri sudah bosan menjawab soalan tersebut yang seringkali timbul menjelang Aidilfitri.

“Sebenarnya Nora pun dah bosan dengan isu yang tidak sepatutnya timbul ini. Nora sendiri tidak faham, mengapa ada yang beranggapan negatif terhadap hubungan baik Nora dengan keluarga bekas mentua”


“Bukankah anak Nora, Rayqal mempunyai pertalian darah dengan keluarga bekas mentua. Jadi tidak salah sekiranya hubungan Nora dengan mereka masih baik. Nora dah lama kehilangan bapa kandung jadi daddy (bapa mentua) sudah Nora anggap macam daddy Nora sendiri.

“Di samping itu, Nora juga rapat dengan bekas adik-adik ipar Nora sehingga ke hari ini. Jadi tidak salah kalau Nora masih rapat dan mesra dengan mereka semua,” jelasnya kepada Mangga Online.

Apa-apa pun, semoga sambutan Aidilfitri kali ini akan disambut penuh bermakna oleh Nora dan juga keluarga

- Nora Danish Bosan Dengan Isu Bekas Mentua

SHARING GOOD

0 Comment to "Nora Danish Bosan Dengan Isu Bekas Mentua"

Post a Comment