Wednesday, 29 July 2015

Penangan Saloma Nadia Aqilah takut dikritik



PELAKON serba boleh yang mempunyai bakat hebat ini masih tenggelam dalam arena perfileman mahupun drama-drama televisyen tempatan.

Selepas menerajui watak Zaiton Sameon, dalam filem Zaiton Ceritaku, namanya seakan sepi di layar perak.

Meski pun begitu, namanya tidak pernah sunyi daripada membintangi teater-teater terkenal di Malaysia.

Bukan sahaja pandai berlakon, Nadia Aqilah sememangnya mempunyai suara yang mantap dan berbakat besar di bidang nyanyian.

Memenangi anugerah dalam BOH Cameronian Award sebagai Best Performance Supporting Role dan Best Performance For Leading Role, Nadia diumumkan bakal membintangi teater muzikal P Ramlee, Dari Singapura Ke Penang di bawah terbitan ENfiniti Vision Media Sdn Bhd. Kali ini, dia diberi kepercayaan menggalas watak utama sebagai primadona, Saloma,

Pementasan musim ke empat ini akan memulakan jelajahnya di Johor pada 28 Ogos ini diikuti Johor dan Melaka sehingga September depan.


“Terus-terang sepanjang pementasan bagi musim sebelum ini saya tidak berani baca komen orang. Tak kira di media massa mahupun laman sosial. Saya takut. Kalau baca yang baik saya takut 'over confident' dan kalau baca yang buruk, takut semangat jatuh dan sebagainya.

“Memang setiap malam sebelum persembahan saya rasa amat berdebar. Apabila dah habis pementasan baharulah saya berani baca dan Alhamdulillah saya menerima banyak respons positif dan saya gembira dengannya. Untuk kali ini pun saya takut nak baca,” kata Nadia.

Memenangi anugerah, bererti Nadia telah berjaya menyampaikan watak Saloma dengan baik sekali gus membuktikan kebolehannya.

Mengakui bukan mudah untuk meresap menjadi Saloma lalu menterjemahkannya kepada penonton, Nadia tidak berdiam diri sebaliknya melakukan kajian dengan mendekati ahli keluarga Allahyarhamah untuk mengetahui dan memahami karakter primadona tersebut.

“Sepanjang saya mengenali Saloma, watak yang sangat susah untuk saya terjemahkan adalah karakteristik hidupnya. Dia wanita yang jenis bersiap cantik-cantik, cakap lembut dan sangat sempurna. Dia sangat primadona.

"Saya sendiri ada mendekati famili beliau contohnya kak Melissa Saila yang banyak memberikan tunjuk ajar,” katanya.

Ditanya mengenai kariernya yang lebih menjurus ke arah teater dan bukan drama mahu pun filem tempatan, Nadia sambil tersenyum menganggap ini sebagai asam garam industri.

“Lama-lama apabila dah lalui banyak perkara dalam industri saya rasa okey dan akan ada hikmah dan orang akan mula ingat dalam kerja saya. Itulah yang saya nak. Walau pun dah menang anugerah dalam teater, saya tak boleh raikan lagi tapi saya rasa macam ini hadiah untuk saya dan ia berbaloilah,” akhirinya.

- Penangan Saloma Nadia Aqilah takut dikritik

SHARING GOOD

0 Comment to "Penangan Saloma Nadia Aqilah takut dikritik"

Post a Comment