Jika sudah jodoh, pelbagai perkara boleh terjadi termasuklah apa yang berlaku kepada Sheera Iskandar apabila dia dirisik oleh ‘kawan biasa’ yang sebenarnya sudah lama menaruh hati kepadanya.
“Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan. Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.
“Tapi In Sha Allah, ianya akan berlangsung pada bulan hadapan. alah majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana ianya hanya nikah gantung dan kami akan menjemput pihak media dan rakan-rakan yang rapat pada majlis kami nanti sahaja,” katanya kepada Murai.
Menurut pelakon ini, dia dan juga bakal suaminya itu, Doul Harun tidak pernah bercinta dan mereka sendiri jarang berjumpa malah kali terakhir mereka berjumpa adalah empat tahun lalu. Jika anda ingin tahu, apa yang berlaku ke atas Sheera adalah doanya selama ini yang disifatkannya kini sudah termakbul.
“Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik, ibu saya suka dan terima, kemudian tidak semena-mena kami akan berkahwin pada bulan depan. Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya dengan jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia.
0 Comment to "Tidak Tunang, Sheera Iskandar Terus Nikah Ogos Depan"
Post a Comment