Tuesday 4 August 2015

1MDB: PAC Persoal Siapa Arah Tangguh Prosiding



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pihak yang mengarahkan penangguhan prosiding siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Diketuai Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, beliau berkata, berdasarkan peraturan mesyuarat, sebarang penangguhan atau pembatalan mesyuarat jawatankuasa itu perlu diputuskan secara dalaman di kalangan anggotanya.

Tambah PAC, jawatankuasa itu tidak pernah bermesyuarat untuk menunda atau menangguhkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada hari ini (Selasa) 4 Ogos.


"Kita mahu tahu siapa yang arahkan Setiausaha PAC (Datuk Rosmee Hamzah yang juga Setiausaha Dewan Rakyat) untuk membatalkan mesyuarat yang dijadualkan sebelum ini dalam mesyuarat PAC.

"Kalaulah arahan itu daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kita hendak tahu kenapa? Kalaulah mahu membatalkan mesyuarat PAC, perlu adakan perbincangan dengan PAC terlebih dahulu," kata jawatankuasa itu pada sidang media di lobi bangunan sementara Parlimen di sini, Selasa.

Pada Isnin, Parlimen menangguhkan prosiding PAC terhadap kes 1MDB yang dijadualkan pada Selasa dan menurut notis yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah, mesyuarat PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September ditangguhkan.

- 1MDB: PAC Persoal Siapa Arah Tangguh Prosiding

SHARING GOOD

0 Comment to "1MDB: PAC Persoal Siapa Arah Tangguh Prosiding"

Post a Comment