Masih lagi kedengaran ada pihak yang mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih, Kamal Adli, Intan Ladyana kini nampaknya lebih tegas dan sebolehnya tidak mahu langsung berbicara mengenai soal cinta dan kehidupan peribadinya.
“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi”
“Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Intan merasakan dirinya cukup bertuah kerana ibu bapanya tidak mendesak dirinya untuk berkahwin awal malah pelakon ini juga katanya mahu memberikan fokus kepada bidang seni dan juga bidang perniagaan berasaskan fesyen yang akan dimulakan tidak lama lagi.
0 Comment to "Intan Ladyana Enggan Kongsi Kisah Cinta"
Post a Comment