Walaupun jarang muncul di media tentang pasangan ini, namun peminat dunia hiburan masih ramai yang mengikuti perkembangan rumah tangga Marion Caunter dan suaminya SM Nasaruddin — terbaru pasangan ini telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.
Dalam kemaskini terbaru di akaun Instagram masing masing pagi ini, mereka melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran anak ketiga mereka dan juga merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga kecil ini — yang sememangnya dinantikan mereka.
“Alhamdulillah. Words can’t describe how happy and blessed we feel right now. We welcomed a little baby boy into the world yesterday. Thank you for all your well wishes and prayers. Leia and Lana now have a little brother to bully,” tulis Marion Caunter.
Pasangan Marion Caunter dan SM Nasaruddin berkahwin pada Disember tahun 2010 dan sebelum ini sudah dikurniakan dua orang anak perempuan. Tahniah kami ucapkan buat mereka dan semoga kehadiran orang baru ini akan lebih menyerikan kehidupan mereka.
0 Comment to "Marion Caunter, Suami Timang Anak Ketiga"
Post a Comment