Monday, 31 August 2015

Nad Zainal Kesal Ibu Bapa Terheret Kontroversi



Baru-baru ini, kecoh di sosial media mengenai perilaku Nad Zainal yang dikatakan tidak melayan anak yatim selain turut didedahkan perkara yang mengaibkan bersama kekasihnya oleh bekas pengurusanya sendiri.

Tidak mudah melatah, Nad mengambil pendekatan untuk berdiam diri namun dalam masa yang sama turut terkilan kerana perkara tersebut turut mengheret maruah keluarganya dan juga kekasihnya ketika ini.


“Kata-kata yang dilemparkan itu cukup mengaibkan, tetapi saya tidak mahu memikirkannya sangat. Bagi saya, orang yang sedang marah, tentu mahu menjatuhkan orang lain. Saya terima secara positif. Biarkanlah. Apabila isu ini diperkatakan, orang pertama yang saya ingat adalah ibu bapa”

“Saya kesal kerana mereka turut terheret sama. Saya yang berbuat silap, mengapa tidak hanya saya yang dihentam? Jangan kaitkan ibu bapa saya. Saya risaukan mereka. Alhamdulullah mereka tahu apa yang saya lakukan. Saya serik dan akan sentiasa berhati-hati kerana tidak mahu isu seperti ini timbul lagi”

“Saya bersukur kerana baik dan buruk, keluarga tetap akan menerima,” jelasnya kepda Berita Harian. Ambillah masa untuk Nad kembali mendekati peminat dan juga memperbetulkan kekurangan. Mungkin ini juga teguran kepada Nad untuk lebih maju dan berhati-hati di masa hadapan.

- Nad Zainal Kesal Ibu Bapa Terheret Kontroversi

SHARING GOOD

0 Comment to "Nad Zainal Kesal Ibu Bapa Terheret Kontroversi"

Post a Comment