Friday, 28 August 2015

Nad Zainal mohon maaf


Nad Zainal

KECOH seketika dunia seni tempatan apabila bekas pengurus pelakon Nad Zainal, bertindak mendedahkan segala keburukannya sehingga mencetuskan kontroversi hebat.

Bukan sahaja didakwa tidak membayar gaji dan berhutang dengan bekas pengurusnya itu, malah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kampung Girl itu juga dikatakan tidak pandai menghormati orang di sekelilingnya.

Jika baru-baru ini dia dituduh sombong bersama peminat, kali ini lebih teruk apabila sikap sombong dan tidak mempedulikan orang ramai itu berlaku kepada anak yatim di sebuah majlis di Klang pada Ramadan lalu.

Perkara itu juga didedahkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Alog Zuren dengan menyebarkan video berdurasi 30 saat, memaparkan kelakuan Nad yang seolah-olah tidak mempedulikan kesemua anak yatim itu.


Dek kerana itu, pelakon berusia 25 tahun itu dikritik hebat oleh peminat seni tanah air.

Mengambil pendekatan tidak mahu memperbesarkan perkara itu, Nad dilihat lebih selesa mendiamkan diri daripada berhadapan kontroversi itu.

Dia bagaimanapun, tampil membuat kenyataan maaf menerusi laman sosial Instagram miliknya sahaja.

Kata Nad, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat sementara.

"Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara bagi mengelakkan dari mengeruhkan keadaan dan Nad hanya akan komen tentang isu ini di Platform sosial media Nad dan yang lain, Nad serah pihak pengurusan baru Nad, A Klasse Management untuk menjawab.

"Sekali lagi, Nad minta maaf pada sesiapa yang tersinggung dengan apa-apa perbuatan saya terutamanya penyebaran video berdurasi 30 saat di rumah anak yatim. Insya-ALLAH Nad akan berusaha untuk jadi yang lebih baik," katanya.

Terdahulu pelakon kelahiran Kajang, Selangor ini pernah dikaitkan dengan kontroversi kisah cintanya bersama pelakon Azwan Kombos dan juga Hefny Sahad.

- Nad Zainal mohon maaf

SHARING GOOD

0 Comment to "Nad Zainal mohon maaf"

Post a Comment