Nubhan dan Afifah selamat disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu.
Bekas peserta Akademi Fantasia 6, Nubhan selamat bergelar suami kepada Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dengan sekali lafaz sekitar pukul 3.35 petang Sabtu.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara tertutup di rumah pengantin perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan itu disatukan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Seremban 2, Wan Nawang Wan Sulong dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ahamd Tawfek Zulkifly.
Isteri Nubhan, Afifah. Foto Ihsan MHM Studio.
Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 29, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.
Penyanyi itu turut menyediakan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dari pihak perempuan.
Nubhan bergelar suami dengan sekali lafaz.
Sementara itu, majlis resepsi disebelah pihak perempuan akan diadakan pada Ahad di Seremban manakala pihak lelaki pada keesokan harinya di kampung Nubhan, Juasseh, Negeri Sembilan.
Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.
0 Comment to "Nubhan (AF6) Selamat Bergelar Suami"
Post a Comment