Tuesday 4 August 2015

Rani Mukerji seronok tak kerja



Selepas mendirikan rumah tangga dengan Aditya Chopra pada awal tahun 2015, aktres terkenal Rani Mukerji memberitahu, dia kini masih dalam fasa bulan madu dan tidak terpanggil untuk keluar bekerja.

“Sejak berkahwin sehingga sekarang, saya belum terlibat dengan sebarang produksi. Saya tidak bekerja dan gembira dengan kehidupan sekarang. Bagaimanapun, suami tidak pernah melarang saya berlakon atau jika mahu bergelar pengarah, cuma saya tidak mahu merosakkan reputasinya yang kuat bekerja dan melahirkan naskhah hebat dengan hasil kerja saya yang asal boleh,” ujarnya.


Dalam temu bualnya bersama majalah Vogue keluaran Ogos, Rani juga bercerita tentang impian masa depannya. Tanpa berselindung, aktres yang sudah lebih 20 tahun bergelar anak seni itu membayangkan kehidupannya pada lima tahun akan datang yang akan memiliki anak.

Katanya: “Pada masa akan datang, saya mahu terbabit dengan sebuah naskhah yang luar biasa dan mempunyai anak-anak yang comel.”

Sementara itu, ditanya bagaimana dia mahu diterima dan terus relevan pada masa akan datang, Rani menjelaskan, dia tidak akan membawa watak yang lebih muda daripada usianya.

“Saya tidak suka berhalusinasi, jadi penonton akan menonton saya dengan watak bersesuaian usia,” katanya yang kini berusia 37 tahun.

- Rani Mukerji seronok tak kerja

SHARING GOOD

0 Comment to "Rani Mukerji seronok tak kerja"

Post a Comment