Thursday, 10 September 2015

Dottie nekad turun berat badan



BAGI pelakon yang gempal, selain sukar mendapat tawaran dan watak yang diingini, ada satu lagi masalah mungkin dihadapi, iaitu masalah kesihatan.

Begitulah yang berlaku kepada pelakon, Nur Syuhaida Ab Razak atau lebih dikenali sebagai Dottie mengakui yang ada ketikanya sukar untuk bergerak. Justeru untuk mengekalkan stamina serta penglibatannya dalam lakonan, dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badannya.

Dottie berkata, sebelum ini beratnya pernah mencecah 90 kilogram dan sering mengalami masalah sakit lutut.

“Memang saya sedang dalam proses kuruskan badan, namun bukan sebab saya ingin kelihatan cantik dan kurus tetapi kerana mengelak daripada penyakit.

“Pernah tiga tahun lalu saya sakit lutut dan ketika itu pergerakan saya sedikit terbatas dan tidak boleh bekerja. Sara risau kalau dibiarkan nanti akan terlantar sakit.


"Jadi saya sasarkan untuk turunkan berat badan sehingga 60 kg. Itu pun dah cukup baik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Si Montel oleh HyppTV, baru-baru ini.

Nor Syuhaida juga turut berkongsi keinginannya untuk membawakan watak lebih mencabar daripada watak komedi yang sering dilakonkan.

“Tipulah kalau saya kata tidak bosan dengan watak komedi yang sering saya lakonkan, namun saya belum ada rezeki untuk diberi kepercayaan seperti itu,” katanya yang mengimpikan watak air mata.

Walaupun montel, rezekinya untuk watak sedemikian masih diterimanya dan terbaharu dia terpilih untuk melakonkan watak utama dalam drama 13 episod berjudul Si Montel terbitan A.Aida Production.

Drama bersiri 13 episod ini akan ditayangkan setiap Jumaat, bermula 11 September ini, jam 9 malam menerusi saluran 116 HyppTV.

- Dottie nekad turun berat badan

SHARING GOOD

0 Comment to "Dottie nekad turun berat badan"

Post a Comment