Khabar angin bahawa kumpulan ini akan berpecah sedang kencang bertiup namun apa yang lebih mengejutkan, ada yang mendakwa punca utama kumpulan Sleeq berpecah dan bergaduh adalah kerana isteri masing-masing. Bagaimanapun, Alif Sleeq menjelaskan perkara sebenar melalui temuramah bersama Utusan Malaysia.
“Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya. Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar”
“Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing. Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura”
“Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan. Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini,” jelasnya.
Jadi anak-anak muda sekalian yang meminati Sleeq, nampaknya kumpulan kesayangan anda akan berkubur. Perjuangan selama 10 tahun sebagai satu kumpulan nampaknya terpaksa ditolak tepi atas dasar survival selepas mendirikan rumah tangga.
0 Comment to "Sleeq Sudah Berpecah Kerana Isteri?"
Post a Comment