Friday 18 September 2015

Umie Aida masih hebat


BERILAH apa sahaja watak kepadanya, pasti aktres berbakat Datin Seri Umie Aida tidak pernah mengecewakan penonton.

Tidak dinafikan setiap lakonan yang dipamerkan Umie dilihat mampu meninggalkan kesan mendalam dan tidak hairanlah jika ada yang menggelarkannya sebagai pelakon hebat.

Terbaharu, lakonannya menerusi filem Jwanita arahan Osman Ali turut membuktikan Umie pelakon yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

“Bila ditawarkan skrip, pengarah dan 'team' yang bagus, saya percaya setiap pelakon yang terlibat mahu berikan lakonan yang lebih baik dan berbeza.

“Saya sendiri memilih naskhah ini kerana saya selesa bekerja dengan Osman memandangkan dia memberi kebebasan untuk saya dalami karakter dengan cara saya sendiri.


“Saya percaya hasil tangan dia tidak pernah mengecewakan,” jelasnya yang menjadikan wataknya dalam filem kontroversi berjudul Dukun yang diharamkan tayangannya pada 2007 sebagai inspirasi untuk menjayakan peranan serupa dalam Jwanita.

Tambah Umie lagi, penglibatan dirinya dalam industri seni tanah air dianggap sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan bukannya mengejar populariti semata-mata.

“Menghasilkan lakonan yang terbaik adalah merupakan tanggungjawab seseorang pelakon.

“Bagi saya ia penting untuk menggalas kepercayaan penerbit dan pengarah selain kepercayaan saya sendiri untuk berikan sesuatu yang terbaik kepada penonton," katanya.

- Umie Aida masih hebat

SHARING GOOD

0 Comment to "Umie Aida masih hebat"

Post a Comment