Kim Hye Sung berang apabila individu yang melanggar keretanya baru-baru ini menganggap kejadian itu bukan perkara besar.
PELAKON Kim Hye Sung meluahkan rasa marah terhadap individu yang melanggar keretanya sehingga mengalami kerosakkan teruk dalam satu kejadian ngeri pada 26 September lalu.
Allkop melaporkan Hye Sung kesal apabila individu berkenaan menulis di laman sosial peribadinya bahawa kemalangan itu bukan sesuatu perkara yang besar dan dia terselamat dalam kejadian itu.
"Rakan saya yang melihat status individu berkenaan dan apabila mendapat tahu mengenainya saya berasa marah kerana dia menulis seolah-olah tidak peduli dengan apa yang terjadi.
Keadaan kereta Hye Sung yang rosak teruk akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan lain baru-baru ini.
"Masih jelas dalam ingatan saya bagaimana dia yang memandu laju sebelum melanggar kereta saya dan dia boleh menganggap ia sebagai perkara kecil. Ia membuatkan saya marah," tulisnya dalam laman sosial miliknya.
Hye Sung turut memuat naik gambar keretanya yang rosak teruk akibat kemalangan itu sehingga dia mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari.
Kejadian berlaku ketika Hye Sung baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dan sedang berehat dalam kereta yang diletakkan di tempat parkir sebelum sebuah kenderaan tiba-tiba melulu dan merempuh keretanya.
0 Comment to "Kim Hye Sung Berang Individu Langgar Keretanya"
Post a Comment