Friday, 2 October 2015

Konsert khas Hattan, Fauziah Latiff di Singapura



PENYANYI popular tanah air, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff tampil dalam konsert khas 'Kau Yang Teristimewa' untuk meraikan golongan ibu bapa sempena Anugerah Ibu Teladan Jamiyah yang berlangsung di Kallang Theatre, di sini malam tadi.

Konsert anjuran persatuan dakwah Islam Jamiyah Singapura tersebut turut dibarisi artis republik itu seperti penyanyi terkenal Zaleha Hamid dan pelawak Husin Saaban, Suhaimi Yusof, Alias Kadir, Mastura Ahmad dan Arid Samsudin.

Pengerusi penganjur, Naib Presiden II Jamiyah Singapura, Mohd Yunos Mohd Shariff berkata konsert khas itu diadakan sebagai pembuka tirai acara tahunan, Anugerah Ibu Teladan Jamiyah kali ke-23, yang berlangsung hari ini.


Katanya konsert itu juga diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-50 Singapura.

"Kami menampilkan konsep yang berlainan untuk konsert ini. Bertemakan kekeluargaan, kami berharap dapat menyuntik nilai yang baik dan mengetengahkan isu yang dihadapi keluarga dalam masyarakat sekarang dalam bentuk komedi, jadi seluruh anggota keluarga terhibur menyaksikan persembahan ini," katanya kepada Bernama.

Mohd Yunos berkata ini kali pertama Jamiyah menganjurkan konsert berkenaan iaitu sehari sebelum penganjuran Anugerah Ibu Teladan selepas 22 tahun anugerah itu diadakan dan konsert tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

- Konsert khas Hattan, Fauziah Latiff di Singapura

SHARING GOOD

0 Comment to "Konsert khas Hattan, Fauziah Latiff di Singapura"

Post a Comment