Wednesday, 7 October 2015

Sari Yanti Sedar Dirinya Tidak Popular Mana



Tidak mahu mendabik dada di dalam industri hiburan, pelakon Sari Yanti menjelaskan bahawa dia mengakui bahawa dirinya tidaklah sepopular mana namun dalam masa yang sama turut memberikan yang terbaik di dalam lakonannya.

“Kejayaan itu sebenarnya subjektif pada setiap orang dan bergantung dengan apa yang kita nak. Mungkin ada artis yang inginkan anugerah sebagai pengiktirafan dan itu terpulanglah kepadanya sendiri. Saya tetap anggap saya berjaya dengan cara tersendiri”


“Cuma saya sedar tahap populariti saya ibarat suam suam kuku. Apatah lagi saya sendiri jarang turut serta dalam majlis gah yang mengiktiraf pencapaian anak seni. Bukannya tak dijemput, tetapi apabila fikirkan anak, saya rasa malas nak pergi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah Sari Yanti, dia lebih suka bersederhana di dalam kehidupannya selain jarang untuk mengambil tahu tentang tahu tentang kisah orang lain lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkata berkaitan sosial media.

- Sari Yanti Sedar Dirinya Tidak Popular Mana

SHARING GOOD

0 Comment to "Sari Yanti Sedar Dirinya Tidak Popular Mana"

Post a Comment