Pelakon Syafie Naswip berkata tidak mungkin dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Raja Ilya seperti yang digosipkan memandangkan perbezaan umur mereka yang ketara.
Menurut Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 23, dia menganggap Raja Ilya, 30, sebagai seorang kakak dan senang dengan sikap aktres itu yang 'gila-gila'.
"Kami tidak ada apa-apa (perhubungan) pun. Umur kami pun jauh beza dan saya anggap dia sebagai kakak.
"Dia (Raja Ilya) seorang yang gila-gila dan perkara itu membuatkan kami senang berkawan. Rasa nak gelak apabila orang buat cerita begini," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Foto dan kapsyen yang dimuatnaik Syafie di Instagram mengundang persoalan adakah dia dan Rja Ilya sedang bercinta.
Pada 30 September lalu, Syafie telah memuat naik foto dia bersama Raja Ilya di Instagram dengan meletakkan kapsyen; "Ada sesuatu perkara mengenai wanita ini yang membuatkan saya berasa selesa".
Tindakan Syafie memuat naik foto dan kapsyen seperti itu mengundang tanda tanya ramai pihak adakah mereka sedang bercinta.
Sementara itu, Syafie berkata, dia enggan mengambil gosip tersebut terlalu serius memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang terjalin.
Dalam perkembangan lain, Syafie baru saja selesai penggambaran drama berjudul Dika Baran. Ia bakal disiarkan tahun depan di saluran RTM.
Selain itu aktor dia juga bakal muncul menerusi filem Kampung Drift yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Katanya, sejak drama Wadi ditayangkan (masih bersiaran di TV3), dia mula menerima tawaran melakonkan karaktor yang lebih matang berbanding usianya.
"Menerusi Wadi, saya hanya berlakon sebagai budak kampung. tetapi sejak drama itu, watak yang ditawarkan kepada saya lebih menarik dan matang.
"Bukan karaktor kanak-kanak remaja skeptikal. Malah menerusi drama Dika Baran, saya berlakon sebagai suami orang. Alhamdulillah, orang mula melihat saya sebagai pelakon dewasa," tuturnya.
0 Comment to "Syafie Naswip Anggap Raja Ilya Seperti Kakak, Bukannya Kekasih"
Post a Comment