Thursday, 19 November 2015

Black Hanafiah Perjelas Karier Semakin Suram


Black kini lebih banyak menerima undangan persembahan korporat dan tertutup

Penyanyi Black Hanafiah mengakui namanya semakin suram sejak akhir-akhir ini ekoran jarang muncul dalam program televisyen.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, dia kini lebih banyak menumpukan kepada persembahan korporat dan tertutup yang kebanyakkannya berlangsung di luar Kuala Lumpur.

"Saya memang jarang muncul dalam program televisyen dan sebab itu nama agak suram tetapi saya masih aktif sebagai penyanyi tetapi lebih banyak memberi tumpuan kepada acara korporat dan tertutup.

"Malah saya kini banyak menerima undangan persembahan di luar Kuala Lumpur menyebabkan tidak dapat memberi komitmen kepada program televisyen sekiranya dijemput pihak stesen," katanya.

Bagaimanapun kata Black, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah sebaliknya sebagai satu strategi dalam mempromosikan single terbaharunya pada masa akan datang.


"Bila jarang muncul peminat akan tertanya-tanya dan ini adalah strategi baik untuk karier dan pelancaran single terbaharu saya nanti.

"Malah lagu-lagu saya sebelum ini masih banyak dimainkan di stesen radio jadi kiranya saya bukan hilang begitu sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, Black berkata, sejak berkahwin dan mempunyai anak dia lebih fokus terhadap kerjayanya kerana ingin memberikan kehidupan terbaik kepada mereka.

Malah kata Black, apa sahaja dilakukan fikirannya memikirkan kepentingan keluarganya berbanding dirinya sendiri.

"Jika dahulu sebelum berkahwin boleh main-main tetapi sekarang apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk keluarga dan anak.

"Sementara usia masih muda saya ingin bekerja keras demi masa depan keluarga saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Black berkata, dia bersyukur apabila lagu Mana Mungkin ciptaan sepenuhnya oleh Ajai terpilih ke peringkat separuh akhir program Muzik-Muzik.

Jelas Black, dia memang mensasarkan lagu nyanyiannya itu mara ke peringkat tersebut dan berharap ia layak untuk bertanding pada Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) yang dijangka diadakan pada Januari tahun hadapan.

"Saya gembira apabila mendapat tahu lagu berkenaan mara ke peringkat separuh akhir kerana saya memang menyasarkan untuk memasuki AJL 30 dan berharap ia mendapat tempat ke peringkat akhir," katanya.

Tambah Black, Selain fokus kepada Muzik-Muzik dia juga kini sedang sibuk dengan program Juara Parodi selain bakal terlibat dalam sebuah program realiti yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

- Black Hanafiah Perjelas Karier Semakin Suram

SHARING GOOD

0 Comment to "Black Hanafiah Perjelas Karier Semakin Suram"

Post a Comment