Tuesday 17 November 2015

Hwang Jung Eum kagumi Siwon


BUKAN sahaja mempunyai jutaan peminat, malah Choi Siwon turut dikagumi rakan artis Hwang Jung Eum ketika membintangi drama She Was Pretty.

Menurut aktres itu, pelakon dan anggota Super Junior itu memiliki bakat lakonan yang mantap dan komited dengan kerjanya.


Perkara itu mengingati Jung Eum sewaktu di awal pembabitannya dalam drama dan filem.

“Ketika berlakon bersamanya, saya sangat seronok dan kami banyak berkongsi ilmu mengenai lakonan.

“Siwon juga memiliki sikap humor sehingga kami banyak ketawa ketika melontarkan dialog masing-masing,” katanya.

- Hwang Jung Eum kagumi Siwon

SHARING GOOD

0 Comment to "Hwang Jung Eum kagumi Siwon"

Post a Comment