Tuesday 17 November 2015

Justin Bieber temui pengganti?


BARU-baru ini penyanyi popular, Justin Bieber mengakui masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya, Selena Gomez, bahkan dia juga tidak yakin hubungan mereka benar-benar telah berakhir.

Sejauh mana benarnya perkara itu masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak tambahan pula Bieber sejak akhir-akhir ini didakwa sering meluangkan masa bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Josie Canseco.


Terbaharu, mereka dilihat menghabiskan masa bersama di sebuah kelab malam yang terletak di sekitar Los Angeles. Namun sehingga hari ini, masih belum ada sebarang bukti bahawa keduanya sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Mungkinkah gadis berambut perang ini mampu menggantikan kedudukan Gomez dalam hati Bieber?

- Justin Bieber temui pengganti?

SHARING GOOD

0 Comment to "Justin Bieber temui pengganti?"

Post a Comment