Tuesday 17 November 2015

Pengorbanan Amar Asyraf berbaloi


Amar Asyraf dinobatkan pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015.

PELAKON, Amar Asyraf tidak menyangka lakonannya sebagai Kamal dalam telefilem Dari Pintu Neraka telah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakannya menyahut cabaran pengarah, Azman Yahya atau Jinggo dan pelakon Syiela Rusly untuk membawakan watak lain dari lain dari lakonannya sebelum ini juga dianggap sangat berbaloi dengan penganugerahan itu.

“Tidak dinafikan, watak itu susah kerana Kak Sheila cabar saya untuk buat lain dari yang lain. Oleh itu, saya memerlukan masa dua minggu untuk membuat persiapan.

“Dua minggu juga saya tidak menerima apa-apa tawaran sebab mahu memberi tumpuan terhadap telefilem tersebut,” katanya kepada Zass.


Pelakon yang juga popular dalam drama Setia Hujung Nyawa ini memberitahu, untuk mencari watak yang berlainan itu, dia melakukan kajian terlebih dahulu berdasarkan pemerhatian dan perkongsian rakan-rakan. Malah dia sanggup membotakkan rambut di bahagian tengah dan berlakon dengan bekas kekasihnya, Nad Zainal.

“Pada pertengahan penggambaran, saya perlu membotakkan kepala apabila menjadi banduan. Itu yang perlu saya lakukan.

“Kemudian nak bersama bekas kekasih saya, Nad Zainal sebagai pasangan kekasih dalam telefilem itu juga satu cabaran pada saya.

“Tetapi Alhamdulillah, ketika di set penggambaran kami menemui satu persetujuan untuk berlakon dengan baik tanpa melibatkan apa-apa perasaan serta emosi tentang kisah-kisah lalu,” katanya yang tidak akan bersikap demand selepas kemenangan itu.

- Pengorbanan Amar Asyraf berbaloi

SHARING GOOD

0 Comment to "Pengorbanan Amar Asyraf berbaloi"

Post a Comment