Tuesday 17 November 2015

Izreen Azminda: Saya bukan meroyan


KRITIKAN Izreen Azminda terhadap lakonan Amar Baharin menerusi laman Instagramnya baru-baru ini, nyata mengundang rasa kurang senang segelintir peminat aktor itu.

Bukan sengaja mencetuskan kontroversi, Izreen menegaskan kritikannya itu berdasarkan pemerhatiannya sebagai penonton selepas menyaksikan pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, yang berlangsung di Istana Budaya, beberapa minggu lalu.

Katanya, sebagai penonton dia berhak untuk memberikan pandangan terhadap lakonan Amar yang membawa watak sebagai Zainudin menerusi teater tersebut.

“Komen saya adalah komen positif yang memberi peluang kepada pelakon Amar memperbaiki lagi lakonannya selepas ini.

“Saya bukan meroyan tidak tentu pasal nak komen sesuka hati, sehingga menjejaskan namanya.

"Komen saya penuh dengan bahasa berlapik yang pada anggapan saya akan diambil oleh Amar untuk memperbaiki lagi lakonannya,” katanya kepada Zass.

Jelas Izreen lagi, dia juga bukan sengaja mahu mengeruhkan hubungannya dengan aktor itu, sebaliknya sekadar menasihati rakan artis.

“Saya bukan nak cari pasal, jauh sekali nak cemburu. Seperti yang saya tegaskan tadi, komen itu hanyalah sebagai motivasi untuknya memperbaiki lagi lakonan," katanya.


Ulas hubungan bersama bekas suami

Mengulas pula hubungannya dengan bekas suami setelah membangkitkan isu sensasi baru-baru ini, Izreen berkata, hubungan mereka tetap baik.

“Ketika itu, saya tidak maksudkannya dia (tinggal serumah dengan kekasih).

“Bagaimanapun, bekas suami sudah meminta maaf jika ada perkara yang kurang disukai saya berlaku.

“Kami memang akan menegur secara bergurau dan menerima dengan hati terbuka,” katanya.

Berkongsi pula mengenai perkembangan seninya, Pelakon berusia 30 tahun ini berkata, sehingga awal tahun hadapan jadualnya memang sangat padat.

“Alhamdulillah, Disember ini, saya akan menjadi pengacara bagi program Layar Kasih di RTM dan akan keluar dalam telefilem berjudul Aku Seorang Perempuan oleh stesen televisyen sama pada bulan yang sama juga.

“Selain itu akan juga muncul dalam drama di TV3 berjudul Kolam Cinta dan beberapa lagi cerekarama di Astro Ria.

“Tahun hadapan pula akan muncul dalam drama episod di Astro berjudul Kak Marr yang turut menampilkan pelakon Rozita Che Wan,” katanya.

- Izreen Azminda: Saya bukan meroyan

SHARING GOOD

0 Comment to "Izreen Azminda: Saya bukan meroyan"

Post a Comment