Tuesday 17 November 2015

Park Si Yeon Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


AKTRES Park Si Yeon selamat melahirkan anak perempuannya pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Soompi, aktres itu dan bayinya sihat dan kini sedang berehat di sebuah hospital.

"Park Si Yeon telah melalui proses kelahiran yang lancar. Kedua-dua ibu dan anak sihat. Mereka mendapat banyak ucapan tahniah dripada ramai pihak," kata jurucakapnya.


Park Si Yeon turut mengumumkan kelahiran anak perempuannya di laman sosial dan meluahkan perasaan betapa gembiranya dia menerima kehadiran cahaya mata keduanya itu.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah pada kami.

"Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, saya akan bekerja keras untuk mereka, membina keluarga yang sihat," katanya.

- Park Si Yeon Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

SHARING GOOD

0 Comment to "Park Si Yeon Selamat Lahirkan Bayi Perempuan"

Post a Comment