Tuesday 17 November 2015

Lakonan Bantu Lady Gaga Atasi Masalah Depresi


Gaga kini bergelar seorang pelakon.

PENYANYI Lady Gaga menyifatkan lakonan telah memberi keajaiban kepada kesihatannya selepas bergelut dengan masalah depresi dan keresahan sejak beberapa tahun lalu.

Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta berkata, kemunculannya dalam drama bersiri American Horror Story: Hotel membantunya untuk menyelami sisi lain dalam dirinya.


Penyanyi lagu Do What U Want itu sebelum ini pernah mendedahkan dia terpaksa mengambil pelbagai ubatan bagi permasalahan depresi dan keresahan yang dialaminya itu.

"Saya kini seorang pelakon dan ia banyak membantu saya dalam mengatasi masalah depresi yang dialami sebelum ini.

"Banyak kaedah yang telah saya cuba tetapi tidak berjaya namun lakonan benar-benar membantu dan kini saya rasa lebih sihat," katanya dalam satu temu bual bersama majalah Female.

- Lakonan Bantu Lady Gaga Atasi Masalah Depresi

SHARING GOOD

0 Comment to "Lakonan Bantu Lady Gaga Atasi Masalah Depresi"

Post a Comment