Saturday 14 November 2015

Pelakon Teater Kai Dituduh Hantar Foto Kemaluan Kepada Peminat



PELAKON teater Kai atau nama sebenarnya Jung Ki Yeol didakwa telah menghantar foto alat sulit kepada seorang peminat wanita. Peminat yang mahu dikenali sebagai A telah membuat laporan polis terhadap aktor tersebut.

Menurut A, Kai menghantar foto tersebut menerusi sebuah akaun laman sosial.

Tambah A, sebelum ini dia banyak menghantar mesej sokongan terhadap kerjaya seni pemuda itu di laman sosial rasminya.


Pada September lalu, Kai mula membalas mesej-mesej tersebut dan kedua-dua mereka mula berkomunikasi di laman sosial.

Menurut A lagi, Kai banyak menghantar mesej berbaur lucah diiringi foto alat sulitnya.

Bagaimanapun, agensi EA&C menafikan dakwaan tersebut, namun mengakui laman sosial tersebut dikendalikan oleh pelakon itu sendiri.

"Akaun rasmi dikendalikan oleh dia sendiri, namun tuduhan perlakuan berbaur seksual itu adalah tidak benar," ujarnya.

- Pelakon Teater Kai Dituduh Hantar Foto Kemaluan Kepada Peminat

SHARING GOOD

0 Comment to "Pelakon Teater Kai Dituduh Hantar Foto Kemaluan Kepada Peminat"

Post a Comment