Azian Mazwan Sapuwan (tengah) menerima nasib gagal ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kedua pada Ahad depan.
Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan yang beberapa kali mendapat tempat tercorot dalam Gegar Vaganza musim kedua gagal untuk mara ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan diadakan pada Ahad depan.
Sebaliknya penyanyi Acong yang tersingkir minggu lalu tetapi mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida layak bertanding ke peringkat akhir.
Dalam pertandingan itu nanti, Acong akan membawakan lagu Seruan yang dinyanikan oleh Lefthanded.
Lima peserta lain yang layak ke akhir ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Farahdhiya.
Siti Nordiana atau Nana bakal membawa lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain, Nassier (Gelombang Cinta – Heavy Machine), Ezad (Nur Nilam Sari – Awie), Haiza (Puisi Cinta – Ilusi) dan Farahdhiya (Janji Manismu – Aishah).
Peserta yang bakal ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kedua pada Ahad depan.
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Peserta separuh akhir diadili oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli M.S sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam adalah juri undangan.
Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.
Ia bakal bersiaran dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.
0 Comment to "Azian Mazwan Tewas Ke Final #GegarVaganza Musim Kedua"
Post a Comment