Thursday, 17 December 2015

Cara jujur Sarimah Ibrahim


KALI terakhir Sarimah Ibrahim tampil dengan lagu baharu adalah pada penghujung tahun lalu berjudul Sleeping With The Enemy. Selepas setahun berehat daripada dunia nyanyian, dia bakal muncul dengan single baharu berjudul Destinasiku pada tahun depan.

JUJUR dan menjadi diri sendiri. Itu prinsip yang dipegang pelakon, penyanyi dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim dalam mendepani kehidupannya sebagai seorang selebriti sepanjang

Dia bakal muncul dalam sebuah program online berjudul Sarimah’s 2 Sen di laman web Feefo.tv yang berkonsepkan program santai bual bicara mengetengahkan pelbagai isu.

“Kalau diikutkan, perancangan untuk buat program bual bicara seperti ini sudah lama ada kepala saya. Cuma, apabila difikirkan semula sudah terlalu banyak program serupa diterbitkan di kaca televisyen.

“Jadi, lebih baik tukar sedikit konsepnya kepada online. Ringkas dan rileks, saya yakin program ini merupakan platform terbaik untuk mengupas banyak isu semasa di sekeliling kita.

“Apa yang penting, dalam program ini saya jadi diri sendiri. Bercakap, berbincang dan berbahas tentang perkara yang realiti. Bukan sekadar gimik atau penuh dengan kepalsuan. Apa yang saya mahu bawa adalah kejujuran dalam membincangkan pelbagai isu,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran program berkenaan di The Canvas, Damansara Perdana, Petaling Jaya baru-baru ini.

Bagi wanita berusia 37 tahun itu, idea untuk muncul dalam program bual bicara tersebut hadir setelah dia menyedari agak sudah lama tidak memberikan sesuatu kepada peminat dan industri.


“Maksud Sarimah’s 2 Sen itu sendiri merujuk kepada pendapat atau komen ringkas yang keluar secara spontan daripada saya tentang pelbagai isu yang dibangkitkan.

“Rasaya sudah lama saya tidak memberikan sesuatu kepada peminat dan industri. Itu yang membuatkan saya terdetik untuk mewujudkan sebuah program sebegini. Sebab saya rasa, program bual bicara santai sebegini lebih mudah mendekatkan saya dengan peminat di luar sana,” jelasnya lagi.

Tambah wanita berdarah kacukan Irish-Melayu itu lagi, banyak perkongsian masalah daripada peminat di laman sosialnya mendorongnya membawa keluar perkongsian tersebut di layar internet.

“Ramai peminat yang meminta pendapat saya tentang masalah yang dihadapi mereka termasuklah isu kesihatan, kecantikan, kerjaya dan keluarga. Kalau saya membalas pertanyaan itu secara peribadi, alangkah ruginya sebab saya tidak berkongsi segala panduan masalah tersebut dengan orang lain yang mungkin menghadapi masalah serupa.

“Jadi, apabila difikirkan semula, lebih baik saya luaskan permasalahan tersebut ke dalam ruang yang profesional.

“Selain perbincangan isu semasa, program ini juga cara terbaik untuk saya berkongsi perkembangan terkini berkaitan kerjaya, hidup dan keluarga. Mana tahu, jika suatu hari nanti diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, saya boleh kongsikan panduan semasa hamil bersama peminat terutamanya kaum ibu,” selorohnya pelakon Janji Diana itu ceria.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Kini Kau Tiada itu bakal muncul dengan sebuah single baharu pada tahun hadapan berjudul Destinasiku.

Lagu tersebut mendapat sentuhan komposer Damian Mikhael dan lirik ditulis oleh Sarimah sendiri bersama Damian dan Altimet. Lagu yang menceritakan perjalanan hidupnya itu menampilkan gandingan bersama penyanyi rap baharu, Reydza Razi.

- Cara jujur Sarimah Ibrahim

SHARING GOOD

0 Comment to "Cara jujur Sarimah Ibrahim"

Post a Comment