Tuesday, 22 December 2015

Fezrul Khan Belum Sedia Kahwin Lain


Setelah bercerai dengan isterinya pada Ogos lalu, Fezrul Khan kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjayanya selain menjelaskan tidak lagi bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

“Buat masa sekarang, saya masih single. Ada kawan perempuan tapi kawan biasa-biasa sahaja. Sebab saya ini jenis yang suka lepak di rumah. Keluarga juga tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin lagi buat masa ini”


“Saya akan bertemu dengan anak bila mempunyai masa cuti. Dalam seminggu dua kali saya akan berjumpa tetapi bergantung pada jadual kerja saya. Walaupun jarang berjumpa, namun saya akan habiskan masa berbual dengannya menerusi telefon”

“Malah hubungan dengan isteri juga masih baik,” jelasnya dipetik dari portal Media Hiburan. Apa pun, semoga Fezrul berjumpa dengan wanita pilihannya satu hari nanti. (rtky/s)

- Fezrul Khan Belum Sedia Kahwin Lain

SHARING GOOD

0 Comment to "Fezrul Khan Belum Sedia Kahwin Lain"

Post a Comment